Thursday, December 24, 2009

Show Akim Munada bersama group terbaru dari Jordan

Bersempena dengan Program Malaysian Day yang berlangsung di Universiti Yarmouk, Jordan baru-baru ini. Akim bersama kumpulan terbarunya dari Irbidian diberi peluang untuk membuat persembahan nasyid. Dua lagu didendangkan iaitu Damai (NSH) dan Aku Tanpa Cintamu. Pengalaman membuat persembahan di hadapan tetamu VVIP dan bangsa lain memberi suatu kenangan yang manis. Anda boleh menonton persembahan tersebut dengan meng'klik' link ini..

Sunday, November 22, 2009

Munada di PERSONA 09

Gambar Ahli-ahli Munada Crew yang sanggup turun padang bersama pelajar bagi menjayakan program PERSONA O9. Kami membawakan 3 buah lagu iaitu "mali rabbun siwa" ,"nursyahadah" dan "Gemuruh Jiwa" dendangan penyanyi popular faizal tahir. Gempak la! Huhu.. Cerita seterusnya anda boleh baca di bawah yang dipetik dari laman blog Abim Bangi..Sekian


Pada 14-15 Nov 2009 yang lalu bertempat di Perting Valley Camp, Bentong Pahang, ABIM Bangi telah berjaya melaksanakan progranm PERSONA 09 buat julung-julung kalinya. Seramai 29 peserta yang terdiri daripada siswa Kolej Dar al Hikmah (KDH), guru TAHFIZ & guru TASKI ABIM Bangi serta ahli kumpulan nasyid MUNADA. Para fasilitator terdiri daripada Sdr Baktiar Hasnan, Sdr Ahmad Saparuddin, Sdr Nizam, Pn. Fariha & Sdri Khalidah yang merupakan pimpinan ABIM Bangi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ABIM Bangi dan intsitusi, sukarelawan ABIM dan memperjelaskan peranan yang boleh disumbangkan didalam menjayakan agenda dakwah ABIM Bangi. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), persembahan seni, jungle trekking, qiyamulail dan sebagainya. Semoga usaha ini juga dapat membolehkan peserta mengenalpasti potensi diri untuk dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Oleh itu, program PERSONA II akan diadakan pada masa akan datang.

Sunday, November 1, 2009

Koleksi Lagu Munada zaman persekolahan


Assalamualaikum w.b.t, selamat datang ke blog rasmi kumpulan Munada. Di kesempatan ini, mungkin tidak lewat untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan FINAL kepada student2 IPTA di Malaysia. Moga-moga, kita mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya menjadi peneraju kepada generasi-generasi muda di sini.

Kali ini, kami cuma ingin memaklumkan bahawa kami sudah meng'uploadkan' beberapa buah lagu yang sering kami training di laman YOUTUBE. Anda typekan saja Munada dan akan muncul beberapa video kami yg berlatar belakangkan gambar @ logo Munada ni.. Semua rakaman tersebut adalah versi asal yang tidak ditokok tambah. Rakaman tersebut dalam bentuk format WAV, so..Tak berapa clear..Yang bestnya, lagu tersebut adalah ketika kami di zaman persekolahan, masa baru-baru nak belajar..suara pun ada yang tak pecah lagi..hehe..Anyway,itulah kenangan yang kami akan ingat sampai bila-bila..

Lastly, Munada For ALL!!

Thursday, October 15, 2009

Show Munada di France!!





Salam bertemu kembali kepada sahabat2 penyokong Munada Crew.. Pertama sekali, kami meminta maaf di atas kelewatan mengupdate blog ini. Bukan bermakna tidak mahu berkongsi cerita tetapi ini disebabkan kesuntukan masa selain menghadiri pengajian kuliah yang agak padat.
Mungkin tidak terlalu lewat untuk mengucapkan "SELAMAT MAJU JAYA" kepada 2 orang anggota Munada iaitu Akim dan Fizi di mana mereka telah berangkat ke Jordan dan juga Mesir untuk menyambung pengajian ijazah mereka.

Di kesempatan ini,kami ingin berkongsi sedikit cerita tentanf perjalanan show kami di Perancis?? Xpercaya?! Kami gurau je, bukan perancis tetapi di Malaysia-France Institute. Alah! Kira ok la sebab ada nama France..Huhu..

-Persembahan ini diadakan di Kuala Lumpur-France Institute pada 4 September lalu.

-Majlis dihadiri oleh Ahli Majlis Tertinggi ABIM dan juga pengunjung.

-Majlis ini merupakan anjuran bersama di antara Kompleks Kebajikan Rukaiyah dengan kerjasama ABIM.

-Sebelum berbuka puasa, Ahli2 MT dan juga Pengerusi ABIM tampil memberikan ucapan.

-Solat Terawih diadakan secara berjemaah dengan semua pengunjung.

-Persembahan Munada secara keseluruhannya memuaskan cuma sistem audio dan speaker agak kurang memuaskan. Walaubagaimanapun,penonton terhibur dengan persembahan kami pada kali ini.

Sekian saja buat masa ini...Teruskan sokongan anda kepada Munada walaupun kami sekarang agak tempang terutamanya apabila kekurangan anggota. Doakan kejayaan kami dalam meneruskan karya muzik nasyid..Wslm..






Thursday, August 13, 2009

Cit Cat Munada terbaru..


Sesi bergambar selepas meeting.

Assalamualaikum w.b.t

Dunia nasyid 'berkabung' seketika apabila seorang ikon nasyid yang dikenali ramai, Ustaz Asri Rabbani telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. Takziah kami ucapkan kepada balu serta keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian ini. Bagi kami yang secara langsung bergiat aktif dalam arena nasyid tentu merasakannya sebagai satu 'kehilangan besar' buat peminat-peminat nasyid. Terkenang pula pertemuan kami secara peribadi dengan Arwah ketika menghadiri saringan akhir Akademi Nasyid Tv9 di Studio Sri Pentas tahun lepas. Beliau tidak lokek berkongsi pengalamannya biarpun arwah seorang yang dikenali ramai...semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

Pada hari Rabu yang lepas, bersamaan 12 Ogos kami telah menghadiri satu pertemuan tertutup dengan sebuah badan NGO Islam yang sudah bertapak hampir 35 tahun di Malaysia. Dijadikan cerita, Selepas kami terlibat dengan satu show, Badan NGO Pro-Islami ini telah menyuarakan hasrat mereka untuk melantik kami sebagai 'Ambessador' bagi pertubuhan ini yang lebih dikenali sebagai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).


saya (berjaket putih) sedang memberi perhatian 100%..hehe..

Untuk permulaan, kami telah dilantik sebagai 'Duta Nasyid' kepada hampir 3000 orang pelajar di Daerah Bangi, Selangor. Satu langkah baik buat kami bagi menonjolkan lagi kumpulan Munada dalam industri nasyid.

Kami juga berbesar hati untuk mempelawa tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri Show Munada pada 6th September 2009 bersempena dengan Pembukaan Rasmi Kompleks Kebajikan Ruqaiyah. Pelancarannya akan dirasmikan oleh Presiden Abim.

Sebelum terlupa, pada 5th September 2009. Kami juga akan terlibat dengan sebuah persembahan nasyid di Kolej Dar Al-Hikmah. Antara aktiviti lain ialah program Iftar serta Solat Terawih. Namun, majlis ini hanya dihadiri oleh mereka yang mendapat jemputan. (Sorry yer..)


Khusyuk mendengar perbincangan, ketua MPP UKM (berkopiah putih) turut serta.

Sebahagian initipati pertemuan di antara kump. Munada (yang diwakili Akim & Fhakarie) ialah untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada golongan Belia khususnya tentang kesenian Islam. Banyak program susulan yang sedang dirancang oleh kami dan juga pertubuhan berkenaan bagi menarik minat Belia untuk bertukar kepada hiburan bercorak Islami.

Kami juga amat mengalu-alukan pendapat sidang pembaca blog ini supaya program kesenian Islam mendapat tempat di hati masyarakat Islam. Keseniaan ini bukan hanya tertumpu kepada nasyid semata, sebaliknya filem,teater, media,sajak dan lain-lain juga termasuk dalam kategori ini.


Penempatan yang disediakan oleh Pihak Abim untuk kami bermalam. (2 storey house tau!)

Cit Cat Munada juga berbesar hati menyatakan bahawa kami sekarang dalam proses-proses terakhir mendapatkan sebuah rumah di Shah Alam untuk dijadikan 'Nasyid Training Centre'. Kami dengan penuh rasa rendah diri mengharapkan sumbangan Ikhlas dari mana-mana individu, badan korporat,agensi kerajaan mahupun swasta untuk membantu kami dalam membeli kelengkapan pusat latihan serta pengubahsuaian rumah tersebut yang secara keseluruhannya membabitkan kos kira-kira RM 25 000...

Itu sahaja untuk dikongsi buat masa ini... Sebelum tu, Tidak terlalu awal untuk kami ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan dan bersempena dengan Bulan yang mulia ini, Munada juga telah membuat satu Pakej Harga Menarik sempena Ramadhan..

Maklumat lanjut bolehlah hubungi 013-9852461 (Akiem).






Wednesday, August 12, 2009

Al-Fatihah...



Berita sedih melibatkan dunia nasyid Islam di Malaysia khususnya. Vokalis utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi. Arwah dikatakan rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini. Arwah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pantai dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana. Moga roh beliau dimasukkan di dalam golongan mereka yang soleh. Al-Fatihah...

Sunday, August 9, 2009

Sebut Harga Perkhidmatan Munada.



Assalamualaikum w.b.t

Di sini kami meletakkan sebut harga bagi setiap perkhidmatan yang kami sediakan. Ini memandangkan ramai yang asyik bertanyakan tentang caj bayarannya.
(Tertakluk pada terma, syarat serta lokasi.)

Senarai perkhidmatan dan caj.
  1. Persembahan Nasyid kurang dari 5 buah lagu = RM 500*
  2. Persembahan Nasyid Lebih dari 5 buah lagu + pengacara majlis = RM 1000*
  3. Persembahan Nasyid untuk Majlis Exclusive/korporat ( Iringan 'live' percussion + pengacara majlis + sound system + monitor speaker + Full package) = RM 2500 - RM 3000***
  4. Khidmat Menulis Lirik Lagu (Moden dan Kontemporari shj) = RM 100 per song.
  5. Khimat Mencipta Lagu (Moden dan Kontemporari sahaja) = RM 100 per song.
  6. Pakej murah! (Lagu + Lirik) = RM 150 per song
  7. Kelas Vokal Harmony untuk sekolah rendah, menengah, IPTA/IPTS, group nasyid underground = RM 50 per hour (negotiation)
  8. Kelas Percussion = RM 25 per hour (fix price)
* keutamaan untuk majlis perkahwinan dan persembahan selingan sahaja.Bergantung pada lokasi.
** malam kebudayaan islam dan mini konsert sahaja peringkat sekolah rendah/menengah.Bergantung pada lokasi.
***konsert bertiket, harga boleh runding jika mempunyai peralatan sound sytem yang lengkap.Bergantung pada lokasi.

p/s : Pakej 1, 2, dan 3 adalah terbuka kepada seluruh semenanjung, tidak termasuk sabah & sarawak.

Pakej 4, 5. dan 6 adalah terbuka kepada semua termasuk agensi swasta dan kerajaan.

Pakej 7 dan 8
terhad untuk kawasan sekitar lembah klang (k.l dan selangor) dan Seremban sahaja.

For enquiry detail, please call 013-9852461 (akiem)

"KEPUASAN ANDA,KEUTAMAAN KAMI"

Wednesday, July 29, 2009

Industri Nasyid di Malaysia 'nazak'?!

Raihan bakal dibubar?
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed



MEREKA punya nama besar, peminat mereka pula melangkaui banyak negara luar namun hakikatnya, kumpulan nasyid popular, Raihan kini dalam keadaan `nyawa-nyawa ikan’ apabila genre nasyid semakin merosot dari segi sambutan. Malah, anggotanya dikatakan hampir berpatah arang berkerat rotan mahu meninggalkan dunia seni.

Apa yang dilihat hanyalah indah khabar daripada rupa. Mereka kini hanya cuba bertahan bagi memenuhi tanggungjawab sosial sebagai umat Islam dalam menyampaikan lagu berunsur dakwah dan nasihat untuk generasi baru supaya tidak alpa dan terjerumus dalam kancah negatif.

Dengan suara perlahan, anggota Raihan, Abu Bakar mengakui: “Kalau ikutkan kumpulan Raihan sudah agak tenat. Kami tidak mempunyai ruang untuk terus berkarya dan memperjuangkan genre nasyid. Bayangkan stesen radio tidak lagi memutarkan lagu nasyid, malah banyak kumpulan nasyid terpaksa `gulung tikar’ selepas tiada ruang lagi.

“Jika tiada ruang, bagaimana kami nak terus berjuang? Tiada gunanya menghasilkan album atau single terbaru jika lagu nasyid tidak diputarkan di stesen radio. Kami sangat memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama radio dan media massa untuk mempromosikan karya kami. Saya akui lagu nasyid kian tenggelam dek kebanjiran lagu komersial, tetapi ada kumpulan nasyid yang masih bertahan dengan usaha yang tidak mengenal erti payah.

“Walaupun sakit, perjuangan tetap diteruskan. Ada ketikanya kami rasa ingin membubarkan Raihan dan mencari kerja tetap, itu lebih menjamin masa depan. Semua anggota Raihan mempunyai tanggungjawab terhadap isteri, anak-anak dan keluarga, jika tiada kerja bagaimana mahu meneruskan hidup?

“Walaupun masih menerima undangan persembahan, tetapi tidaklah selebat dulu. Raihan dianggap nama besar tetapi kami tidak kisah menyanyi di majlis kenduri kahwin, sekolah atau institusi pengajian tinggi. Kami berjuang untuk memenuhi tanggungjawab terhadap anak bangsa. Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan Raihan akan dibubarkan jika keadaan sudah terdesak. Kami sayangkan Raihan, selama 13 tahun kami melalui onak duri bersama, tetapi masa depan juga penting buat kami.”

Selain Abu Bakar Md Yatim, Raihan juga dianggotai Che Amran Idris, Amran Ibrahim dan seorang anggota baru, Zulfadli Mustafa.

Che Amran berkata, mungkin ramai yang tidak mengetahui, mereka memperjuangkan lagu nasyid hingga merentas ke enam benua Amerika atas perbelanjaan sendiri selama ini. Mereka tidak pernah mendapat penajaan syarikat atau individu walaupun mereka membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

“Kami berbangga apabila kumpulan Raihan sering menjadi rujukan kumpulan nasyid luar. Kami terharu dengan sambutan yang diberikan ketika mengadakan konsert di Royal Albert Hall di London. Terdetik sedikit kekesalan di hati kerana kami tidak pernah mendapat sokongan mana-mana pihak, sedangkan Raihan ke luar negara atas tiket mempromosikan seni dan budaya. Kami cuba mendapatkan penajaan badan korporat, kementerian mahupun individu, tetapi usaha dilakukan dipandang sepi. Apabila sebut saja nasyid, tiada yang berminat untuk menjalinkan kerjasama.

“Kami hairan kalau orang luar begitu menghargai bakat dan usaha anak muda empat orang ini sehingga mereka sanggup menganjurkan konsert dan mengaturkan promosi tetapi masyarakat kita tak nampak apa yang kami lakukan. Kami banyak berkorban demi mempertahankan nama Raihan tetapi kalau usaha kami menemui jalan buntu, nama Raihan mungkin akan berkubur begitu saja,” katanya.

Terbaru, Raihan bergabung dengan Rabbani, Hijjaz dan kumpulan nasyid Indonesia, Shoutul Harokah muncul dalam Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada Sabtu, 1 Ogos ini, jam 8 malam. Konsert itu bakal mencipta sejarah yang tersendiri apabila menampilkan konsep penceritaan lima alam iaitu alam roh, kandungan, kelahiran, barzakh dan akhirat.

Sempena konsert itu, karnival jualan akan turut diadakan untuk selama tiga hari bermula 31 Julai ini, dibuka seawal jam 9 pagi hingga 12 tengah malam, selain pertandingan nasyid antara institusi pengajian tempatan dan sukaneka kanak-kanak, jam 10 pagi pada 1 Ogos ini.

Mereka yang ingin menyaksikan konsert boleh mendapatkan tiket serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 (dewasa).

Tiket VIP pula berharga RM50 dan untuk pakej keluarga yang membabitkan dua tempat duduk VIP dan empat kanak-kanak boleh didapati dengan harga RM100. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi talian 603-6272 1225 atau 013-628 8614 atau layari laman web, www.rabbani.com.my.

Mr. Mun Ada : Peminat setia Raihan!

Monday, July 20, 2009

'Duo' Munada di IPIS serta Kisah kejayaan.


Assalamualaikum. Apa khabar semua? harap-harapnya kita masih lagi berada dalam 2 nikmat terbesar yang dikurniakan ALLAH iaitu nikmat Iman dan ISlam. Kalau anda perasan, layout blog ni sudah berubah sesuai la dengan perubahan umur anggota Munada yang sudah menginjak ke angka 20! Dah tua rupanyer..hehe..Dari awal penubuhan Munada, sekarang sudah masuk tahun 6. Banyak pencapaian yang sudah dikecapi dan masih banyak juga yang sedang dikejari.

Ok, kali ini saya ingin berceritakan tentang kejayaan Fhakarie (Munada Crew) yang berjaya membimbing sekolah Tahfiz Ummah Bangi 3 menjuarai pertandingan Nasyid di Kejohanan Ihtifal tahunan Tahfiz Ummah yang disertai oleh 12 buah sekolah di sekitar kawasan tersebut. Lebih membanggakan, ia merupakan kemenangan pertama mereka dalam pertandingan nasyid sejak penubuhan sekolah tersebut. Hebat bukan? Jadi, tidak mustahil Fhakarie Munada menerima ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari sekolah terbabit. Saya yang turut berada di situ ketika pertandingan juga tidak terlepas dari tempias kejayaan mereka.




Berbekalkan semangat dan kesungguhan anggota nasyid sekolah tersebut, saya yakin dan percaya bahawa mereka boleh pergi jauh walaupun masih di bangku sekolah. Asalkan mereka masih terus berminat dengan genre Nasyid. Sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada pihak pengurusan sekolah terbabit kerana memberi kepercayaan kepada anggota Munada untuk mengajar nasyid. Lepas ni boleh jemput lagi.Hehe. Munada sendiri mengucapkan syabas kepada Fhakarie coz mengharumkan nama group ni.(aku tak pernah pun mengajar sampai jadi Johan! hehe..) OK Bravo!

Ha! Ketika kejohanan itu berlangsung, kami diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Walaupun jemputan tersebut hadir 2 hari sebelum pertandingan, dan saya pula tidak boleh beri kata putus sehari sebelum persembahan tersebut, namun dengan izin Allah saya akhirnya menerima jemputan tersebut selepas beberapa urusan dapat saya selesaikan lebih awal.


Tetapi, kali ini Munada tampil secara ber'duo' (akim & fhakarie) selepas anggota lain mempunyai komitmen yang lebih penting. Tapi sebelum itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar sekolah tahfiz serta dua orang adik cilik yang sudi menjadi 'back-up' kami di atas pentas. Terima kasih!



Sebanyak dua lagu yang kami bawakan iaitu "pagi yang terindah" dan "Teman Sejati" versi Minus One. Syukur alhamdulillah, kami tak sangka sambutan yang menggalakkan dan penganjur turut berpuas hati walaupn saya sendiri tak berpuas hati dengan suara saya pd persembahan kali ini. Apa-apa pun, yang penting ialah para pendengar.

Kejohanan dan persembahan kami di adakan di Dewan Besar Institut Perguruan Islam Selangor. Kami berharap agar pihak penganjur sudi menjemput kami (Munada Crew) untuk events yang lain pula. Sekian saja coretan kali ni..Salam.

Friday, July 10, 2009

Pandangan semasa industri nasyid Malaysia.


salah satu usaha yang baik bagi mencungkil bakat kump.nasyid underground di Malaysia

Assalamualaikum, sudah sekian lama rasanya blog ini tidak 'disentuh' oleh saya. Hasrat di hati untuk memindahkan pengurusan blog ini kepada Azizan Munada tampak sedikit bercelaru kerana menghadapi beberapa masalah teknikal. Bagaimanapun,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pembaca dan rakan yang tidak jemu-jemu 'berkunjung' ke blog ini walaupun sudah lama tidak di 'update'.

Baiklah, kali ini saya cuba untuk mengunjurkan beberapa pandangan semasa tentang industri nasyid tanah air. Sejak kebelakangan ini, saya melihat bahawa pencapaian industri nasyid agak 'merosot' dan ketinggalan. Kemunculan artis-artis baru nasyid sekarang ini dilihat seperti tidak memberi sebarang kesan positif kepada perkembangan industri nasyid di Malaysia. Manakan tidak, hampir-hampir 80% kumpulan-kumpulan nasyid baru yang muncul dengan album tidak kita kenali! Dan mungkin tidak tahu langsung!

Radio IKIM mungkin dilihat sebagai medium UTAMA mereka memperkenalkan kumpulan masing-masing. Kita tidak boleh menafikan sumbangan IKIM dalam memartabatkan nasyid di Malaysia namun kumpulan2 baru tersebut perlulah mengambil inisiatif lain bagi memperkenalkan kumpulan mereka seperti mewujudkan blog,laman web kumpulan, dan sebagainya yang difikirkan bersesuaian.

Kita mungkin boleh menuding jari kepada media massa yang sering 'menganak tirikan' kumpulan-kumpulan nasyid, tetapi saya lebih berkenan untuk menuding jari kepada kumpulan tersebut. Ini kerana amat Banyak kumpulan nasyid baru tidak mempunyai ''sesuatu yang istimewa untuk diketengahkan''. Jadi, bagi media..mengeluarkan sesuatu berita tentang sesuatu yang 'kurang bernilai' merupakan satu kerugian pada mereka.

Nasihat saya, kepada artis2 nasyid baru..Anda perlu memikirkan sesuatu di 'luar kotak' supaya kumpulan anda ada value yg tersendiri. Usah bicara tentang Raihan,Hijjaz, Rabbani, Brothers, Mirwana, In-team, (dan ada lagi beberapa kump. nasyid lain yg tidak disebutkan) yang berjaya menaikkan reputasi mereka bukan kerana menjadi perhatian media sebaliknya 'keazaman serta kegigihan dalam memartabatkan industri nasyid tanah air'.. Kalau kumpulan anda nasyid untuk glamour, jangan haraplah untuk berjaya!

Akhir kata, kepada kumpulan nasyid yang ikhlas berdakwah melalui medium ini, saya mendoakan agar kumpulan anda berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga mendapat ganjaran di akhirat kelak. Minta maaf jika pandangan saya ini agak 'emosional dan membias', tetapi sebelum menuduh saya seperti itu, lebih baik anda melihatnya dari sudut positif. Sekian....

Wednesday, May 20, 2009

Jagalah Dirimu


Munsyid : Munada Crew
http://liriknasyid.com/

Wahai muslimin jagalah dirimu
Tutur kata dan budi pekertimu
Baik kesopanan dalam pergaulan
Jadikan hidup lingkungan terpuji

Jagalah dirimu setiap waktu
Masa berlalu taburkanlah bakti
Maksiat dijauhi insafilah diri
Dekati illahi dalam ibadahmu (2x)

Hidup penuh pancaroba
Maksiat melata menagih mangsa
Orang berdosa tidak bertaqwa
Terjerumus ke pintu neraka
Jagalah dirimu jaga keluargamu
Jauhi dari jalan merugikan
Hidup di dunia sedetik cuma
Letakkan diri dalam ketaqwaan

Jagalah dirimu jagalah keluargamu
Moga di sana beroleh syurga meraih cintanya..

Lirik : Hasanuddin Md Isa
Lagu : Fikrah
Penyanyi : Munada
Pengirim : Akeem Munada

Monday, April 20, 2009

BLOG TERBARU SAYA


ASSALAMUALAIKUM.. Sekadar makluman, saya kini memiliki sebuah blog baru yang lebih bersifat umum dan tidak tertumpu kepada aktiviti kump. Munada semata, setelah berbincang..blog ini hanya mengkhususkan kepada aktiviti2 dan tips2 yang berkaitan dengan nasyid sahaja dan kemungkinan besar akan diuruskan oleh sahabat lain dari kump.Munada. Jemputlah layari blog peribadi saya di http://suarahearty.blogspot.com/ >>> Anda boleh klik pada link di sebelah ini pada pautan "Blog terbaru saya" atau "My blog List" sekian, Terima kasih.

Saturday, April 11, 2009

Belajar harmony? kena sabar la..


"Akim, banyak lagi la benda yang kami kena belajar.., sebabnya harmoni kami tak sama macam Munada, groove aje bunyinyer!" ini adalah sbgn sms yang saya terima dari salah seorang ahli kumpulan yang telah berjaya memasuki pertandingan akhir Akademi Nasyid tahun lepas. Bukan mereka saja, Bahkan byk juga kump. nasyid yg baru2 mmg ada masalah buat suara harmony, tapi dah ada album?! pelik jugak..

Sebenarnya, untuk mempelajari suara Harmony memerlukan pada kesabaran dan kesungguhan yang begitu tinggi. Bahkan kadang2, ia mengambil masa bertahun-tahun! Kami (Munada) sendiri mengambil masa hampir 2 tahun untuk dapat buat "basic" harmony shj! Tapi, alhamdulillah..berbekalkan 'basic' itu lah kami dapat 'harmonize'kan semua lagu yang kami mahu.

Saudara/saudari yg memandang kami sudah hebat dalam harmony, sebenarnya adalah kurang tepat. Kami sendiri masih menimba ilmu dalam mempelajari harmony. Sebab itu la, paling penting ialah dapat kuasai harmony yang basic.


Beberapa cadangan kepada yang nak improve kan vocal harmony dalam group.

  • Cari tempat sesuai yang membolehkan semua ahli kump. mampu keluarkan suara sebenar. (kalau malu,cari tempat jauh dari orang)



  • Mulakan latihan anda dengan membaca bismillah,dan betulkan niat anda kerana Allah. Bukan untuk popular! Anggaplah ia sebagai satu cara anda menyampaikan dakwah. (bukan semua kita mampu utk sampaikan dakwah melalui ceramah,tulisan,lukisan dll)



  • Jangan terus buat harmony! sebaliknya pilihlah lagu yang banyak memerlukan suara beramai-ramai, hanya gunakan suara "unison" (jangan buat harmony lg!)..buat latihan begini sekurang2nye 15 minit atau 4-5 buah lagu..Ini penting untuk 'memanaskan' suara ahli kumpulan. Lagi2, kalau training waktu pagi..
  • Jangan gunakan 'minus one' utk berlatih, sebabnya muzik dalam minus akan mengganggu anda mengenal pasti part2 yg sumbang dalam harmony.


  • Baiklah, bila dah selesai latihan panas suara td..Bolehlah pilih satu lagu yg ada harmonyyg anda mahu. (pilih lagu yang semua ahli kumpulan tahu)



  • Pastikan bila dah nak masuk harmony, suara unison kena mantap! jangan tak sekata..paling penting, jangan 'cover' suara. Nanti akan menyukarkan suara lain spt second,flet dan bass untuk masuk..Bagi kumpulan yg baru nak berjinak2 belajar..sy sarankan anda menggunakn recorder utk merakam setiap nyanyian anda, kemudian dengar semula, and then kaji bhgn mana yg perlu diperbaiki. Biar lambat,asalkan berkualiti latihan anda.



  • Anda perlu tiru sebiji-sebiji harmony yg kump. asal itu buat, cthnye anda ambil lagu Ashabul Kahfi, dalam lagu tu ada satu part yg berbunyi "tercatat sudah dalam sejarah,tujuh pemuda yg beriman,melarikan diri kedalam gua, demi menyelamatkan iman" lirik yg sy warnakan merah merupakan part suara unison (pastikan sebelum nak masuk suara harmony, nyanyikan dulu part unison beramai-ramai supaya anggota yg nak masukkan suara harmony sudah dapat tangkap "key" suara lagu tersebut), warna hijau pula part suara harmony (walaupun dalam lagu asal tersebut, Raihan hanya memasukkan suara second, namun sy menyarankan agar suara flet dan bass juga masuk sekali)..bg suara second, tiru sebijik2 dulu mcm mana Raihan buat..Ulang banyak kali.


  • Tips bg kump. yg baru, cara paling mudah utk detect suara harmony dah jadi ialah 'terasa' bulu roma naik atau pipi terasa kembang..maknanya 90% anda sudah berjaya melaksanakannya.



  • Bila dah jadi, maka bykkan ulangan lagu tersebut, kemudian boleh beralih ke lagu2 lain. tersebut sehinggalah anda 'terasa' yg adanya harmony (walaupun boring,ulang jugak).


Secara ringkasnya, nak buat harmony kenalah bersabar. Takleh terburu-buru. Bykkan kajian bila dengar harmony sesebuah lagu, tiru dulu harmony mereka. Jangan berlagak buat harmony sendiri. Selamat mencuba!

Saturday, April 4, 2009

Pengunguman Penting!


Salam, memandangkan blog ini sudah mula mendapat perhatian orang ramai yang kemudiannya menghentam saya tanpa hujah ilmiah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menerbitkan lagi artikel berkenaan dengan pembongkaran fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam. Selain itu, sahabat-sahabat nasyid saya turut menyuruh saya supaya mengkhususkan blog ini kepada aktiviti-aktiviti kumpulan Munada. Ini untuk menjaga imej kumpulan ini daripada dilabel dengan pelbagai gelaran. Selain itu, turut memuatkan tips kepada kumpulan 'underground' nasyid dalam industri nasyid di Malaysia..Namun, saya masih boleh menerima email anda untuk perbincangan di rioneyova@yahoo.com..Salam kebahagian, maaf! exam dah dekat, Chaiyok!

Wednesday, April 1, 2009

Video Munada di Youtube!



Berikut adalah senarai lagu yg sudah di upload dalam youtube

1) (Aku Tanpa CintaMu) link http://www.youtube.com/watch?v=GT8JeYg8_Pc

2) (Jagalah Dirimu di UMP) link http://www.youtube.com/watch?v=-j7MsqfImZQ

3) (Munada buat lawak?) link http://www.youtube.com/watch?v=Ynbhc2ospX0

4) (Akhlak Nubuwwah Pancaran Al-Quran) link http://www.youtube.com/watch?v=MTKvnKh6OSE

5) (Untukmu Teman) link http://www.youtube.com/watch?v=IQlZuiX1MrA

6) (Munada buat sumbang!) link http://www.youtube.com/watch?v=JigRSTD2F6g

Friday, March 20, 2009

Show Munada d' MASISUPA PAHANG 2009


Selamat bertemu, pada 17 Mac baru-baru ini, telah berlangsung satu kejohanan yg tidak asing lagi bagi penuntut-penuntut sekolah2 agama di Pahang iaitu kejohanan MASISUPA PUSAT yg berlangsung di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan pelajar2 yg berbakat samada acara sukan atau ilmiah dari seluruh daerah di Pahang. Pemilihan di ambil bagi mewakili zon masing2. Antara acara kemuncak kejohanan ini sudah tentulah Pertandingan Nasyid.


Satu perkembangan baik pd kali ini ialah acara nasyid bagi kategori perempuan di asingkan, mungkin ada pihak yg sudah mula sedar akan perkara ini. Alhamdulillah, Suasana kejohanan berlangsung dengan baik walaupun sy hanya menghadiri sebentar sahaja bagi memenuhi undangan persembahan.


Kumpulan Munada juga telah diberi jemputan khas oleh Jawatankuasa MASISUPA PUSAT 2009 untuk mengadakan persembahan sebelum keputusan pertandingan diumumkan. Buat pertama kalinya kami hanya berempat kerana azizan terpaksa pulang ke USIM bagi menghadiri kelas pengajiannya di sana. Dan buat pertama kali juga kami membawa lagu minus one. iaitu Aku Tanpa Cinta Mu (MIRWANA) dan Untukmu Teman (Brothers)..Kira2 lebih 1000 hadirin yang hadir pada malam tersebut. Sekian saja coretan kali ini. Salam.

Tuesday, March 17, 2009

Munada Crew d' Universiti Malaysia Pahang (UMP)



Bersempena dengan Majlis Malam Penghayatan Maulidur Rasul, anjuran SAHAM dan Kelab Kebudayaan UMP, Munada telah diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Gambar di atas ketika menyanyikan lagu "Akhlak Nubuwwah Pancaran Al-Quran".. Kegagalan pengacara majlis dalam menghidupkan susana menjadikan mood kami sedikit terganggu apatah lagi diberi peluang untuk perform di awal majlis..

Memandangkan suasana malam tersebut terlalu 'suram', jadi kami mengambil inisiatif dengan menjadi 'pengacara majlis' tidak rasmi. (kesian nengok budak2 kecik, mcm bosan je)..Bila dah buat lawak, barulah mood kami berada di tahap yg stabil, alhamdulillah lagu "jagalah dirimu" menjadi yg terbaik buat kami pada malam tersebut. Kedua-dua lagu ini akan kami upload dalam youtube dalam masa terdekat ini..Terima kasih

Sunday, March 8, 2009

Fitnah! Fitnah! Fitnah!


Salam bertemu, alhamdulillah..bersempena dengan sambutan Maulidurrasul ini, marilah bersama2 kita mengenang kembali sirah2 dan perjuangan Nabi Muhammad serta memperingatinya dengan mengamalkan segala sunnahnya dalam kehidupan seharian kita. Inilah sikap yg sepatutnya ada bagi mereka yg benar2 ingin menunjukkan rasa kecintaan kepada junjungan besar kita.

Di kesempatan itu juga, saya terus mengambil peluang satu hari bercuti untuk pulang ke rumah di Gombak untuk menjenguk kedua ibubapa sy. Amat jarang sekali sy pulang dek kerana keterbatasan waktu. Namun, itu bukanlah factor utama! Selesai sahaja sesi kulliah yg berakhir kira2 jam 10 malam,sy terus bergegas mengemas barang2. Teppat jam 10.45 malam,sy menghidupkan enjin kereta Wira yg bernombor plat WHQ 6718 dan terus memulakan perjalanan kuantan-kL melalui Highway dengan harapan agar sy tidak terlalu lewat untuk sampai ke rumah. Dengan izin Allah..Maka sy akhirnya selamat sampai kira2 pukul 2 pagi. Amat meletihkan…



Kali ini,saya memilih satu tajuk yg saya sendiri rasa sudah ’muak’ mendengarnya iaitu Budaya Fitnah..Mungkin kita sedar dan mungkin tidak bahawa perpecahan yang berlaku ke atas umat islam umumnya dan bangsa Melayu khususnya adalah kerana Fitnah dan tamakkan kuasa! Kalau disingkap sejarah Islam, terjadinya peperangan di antara Saidina Muawwiyah dan Saidina Ali juga kerana wujudnya orang yg menfitnah. Kalau dilihat pada keadaan politik Malaysia sekarang ini, amat menjijikkan! (Sehingga kadang2 sy amat menyampah dengan golongan2 ini tidak kira la parti Kerajaan mahupun Pembangkang) Lebih kurang jer......Ini hanya lah luahan emosi saya.

Saya melihat senario ini sudah menjadi semakin teruk!Wujudnya pihak yg suka ”membuat2 cerita” dan ”menafikan cerita”..Kedua2 perbuatan inilah yg dinamakan fitnah! Apakah mereka ini khususnya muslim tidak mahu membaca Al-Quran?atau kalau membaca pun, tidak mengambil tahu maknanya?! Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Itulah realitinya keadaan politik di Malaysia sekarang ini, golongan inilah yg dikatakan taksub (dalam masa sama mereka cakap orang lain taksub!) Apa faedahnya taksub pada sesuatu yg tidak menjamin keuntungan kepada kamu? Taksub kerana emosi! Amat ”jumud” mereka yg berfikiran begini. Menyokong semata2 untuk memenuhi kepuasan diri tanpa melihat pada sumber Al-Qur’an dan Al-Hadis.




EMM...itu hal politik, mana2 mereka yg memperjuangkan untuk kembali kepada ajaran Islam..itu kita sokong,namun janganlah bersikap terlalu taksub dan ekstrem hingga lupa mana yg baik dan buruk..”Jangan hanya menang bersorak,tapi kampung tergadai!”




TETAPI,adalah sesuatu amat menyakitkan hati ialah apabila dalam hal agama pun ada FITNAH! Inilah suatu budaya yg sudah mula merebak dengan cukup cepat dan kalau tidak di atasi,nantikanlah kebinasaanya! Kalau fitnah bab peribadi,itu mungkin masih biasa. Namun,yang dikesalkan ialah memfitnah ilmu2 islam, cthnya bab Aqidah seperti memfitnah bahawa mereka yg beraqidah Ahli Sunnah Waljamaah yg dipelopori oleh Al-Ashaari dan Mathuridi dikatakan terkeluar dari ajaran Islam! Subhanallah! Berhati2 dengan kenyataan ini, dikhuatiri bahawa anda mengkafirkan semua umat islam dan para2 ulama yg beraqidah benar ini.....Apakah kita mahu mengatakan bahawa Imam Ibn hajar asqalani sebagai terkeluar dari Islam?Imam Nawawi?Imam Ghazali? Dan semua ulama2 ASWJ yg lain? dan mereka ini lah yg mengakui bahawa apabila disebut Ahli sunnah waljamaah ialah merujuk kepada imam Abu Hassan Al-Ashaari dan Mathuridi.

Dan sekarang berbagai2 lagi fitnah yg timbul dan ditujukan kepada umat islam..Dituduhnya dengan belbagai2 gelaran (tidak perlu dinyatakan)..Apabila kita menceritakan perihal kebenaran, mereka tidak mahu mengakuinya..Malah mengatakan bahawa itu suatu Fitnah! (sekiranya ia terbukti benar,dan kita menafikannya..ketahuilah bahawa kita sebenarnya telah membuat fitnah kepada perkara tersebut).Hakikatnya hanya Allah yg tahu apa yg ada dalam hati hamba2 nya.

p/s:Gambar di atas adalah salah satu ajaran sesat di Indonesia.



Ini boleh kita dengar dari cerita pihak2 yg membasmi ajaran2 sesat di Malaysia..Seperti Ajaran Kahar di Ulu Langat sebagai contoh, apabila pihak berkuasa berjumpa dia dan pengikutnya untuk menceritakan ajaran Islam yg sebenar, mereka beriya-iya menafikan kebenaran tersebut! Dikatanya kita pulak yg pemfitnah?! Kita pula yang sesat?! Kita pula yg taksub?! Walaupun kebenaran terbentang di hadapan, bila ada rasa ego,sombong dan merasa bahawa dirinya dalam kebenaran walaupun dibawakan kebenaran kepadanya,ketahuilah bahawa orang seperti ini dalam BAHAYA! Bahkan dikhuatiri mati dalam su’ul khatimah..



“Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan ALLAH Taala daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud)



Tuntutlah ilmu dengan hati yg terbuka, berlapang dada..sekiranya sikap ini tidak ada,Sampai kiamat pun mcm tu jugak la... Janganla mencemuh dan mengkritik amalan seseorang selagi mana ia hanyalah perkara furu’. Jangan dituduh seseorang (hatta dalam hati sekalipun) dengan mengatakan bahawa dia syiah,mu’tazilah,khawarij selagi mana tidak melihat,mendengar daripada mulut@perbuatan@aqidah org itu sendiri. (jangan hanya dengar dari orang lain,lalu diterima bulat2!) Ini sikap yg tidak adil sekranya hanya melihat pada satu pendapat sahaja..Kalau pendapat ulama itu bersifat ijma’, ambillah ia..Usahlah ambil pendapat2 yg syaz dan bersifat bertentangan dengan ijma’..Bukankah ijma’ ulama itu lebih diyakini berbanding pendapat seorang ulama sahaja? (Tanpa niat saya menjatuhkan sedikit pun taraf ulama tersebut,tetap perlu dihormati)




Bertanyalah pada orang yg diiktiraf keilmuan dan kealimannya,(tidak bermaksud saya) bukan pada rupa dan pakaiannya..Lihat lah pada perbuatan,amalan dan akhlaknya. Jangan hanya cakap tapi tak serupa bikin..Jauhilah golongan seperti ini yg bukan sahaja sesat bahkan menyesatkan orang lain.



''Sesungguhnya mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta.'' (Al-Nahl: 105).



'Tidak akan masuk surga orang yang menghambur-hamburkan fitnah (suka mengadu domba).'' (HR Abu Dawud dan At-Thurmudzi).




Nasihat saya pada mereka yg difitnah:

Orang yg beriman tidak akan melenting bila difitnah kerana mereka dapat mengenal yg hak dan yg batin. Bahkan kita hendaklah berdoa supaya mrk menemui kebenaran dan sekiranya di ajak berbincang..itulah jalan terbaik..Pada saya,bila ada Orang yg meng’anjing’ pada kita xperlu kita men’anjing’ padanya..biarkan aje!kalau dibalas sama saja macam Anjing. Jadi,bersabar sahaja. Walaupun satu billion orang membenci anda, tidak memberi sebarang kerugian pun pada anda kerna KEREDHAAN ALLAH yg kita cari..

p/s : Ulasan ini hanya atas dasar rasa kekecewaan yg berlaku ke atas umat islam pada masa sekarang.


Monday, March 2, 2009

Who wants to be a professional percussionist?

Kekadang ada orang datang bertanya kat kami (Munada), mcm mana antum leh tau main percussion sambil nyanyi?Sebenarya, most of us are come from percussionist background, tapi kemudiannya baru beralih kepada nyanyian..and then,we combined our talent as a percussionst and singer to be a perfect performer! hehehe..At the begins, it's too dificult for us to make two things at once time..But, we are very determines. kalau dalam peribahasa inggeris "practices makes perfect".Meanwhile, our "teacher"(Fikrah) want us to follow them! Actually kitorang pun bukan la terlalu pakar untuk main perkusi..sekadar sahaja. Mungkin sekadar makluman,gambar kat atas tu tunjuk alat basic je..dari atas,mula dari kiri shaker,chyme dan congga..bawah pulak,bonggo,tamborine dan Yankee/tabla..Mungkin ada sedara pembaca yang berminat nak jadi profesinal bidang muzik..kami alu2 kan..Tu je la cebisan kali ni..salam

Sunday, March 1, 2009

Interfaith Dialogue (The Conception of God)


Assalamualaikum W.B.T, rasanya sudah lama saya tak berkesempatan untuk membuat catatan dalam blog Munada Crew ni..Bukan pe, kadang2 takder mood nak tulis memandangkan sekarang sibuk untuk menamatkan pengajian akhir di kolej ni. Baru2 ni,saya berkesempatan untuk mengikuti satu dialog di UIAM kuantan. Program ini diberi nama Interfaith Dialogue (The Conception of God), dialog antara agama ini menghimpunkan pendakwah2 dari 4 agama terbesar di Malaysia.

Speakers: 1) Mr Shah Kirit Kalkulal Govindji
(Islamic Information Service)
2) Reverend Eugene Benedict
( St Thomas Church)
3) Mr Michael Kok
(Sokka Gakai Malaysia)
4) Mr Rajagopal
( Hindu Sangam)

Dialog ini merupakan pertama kali diadakan di Pahang selepas yg pertama kali berjaya dianjurkan oleh IRK(Islamic Revealing Knowledge) di UIAM Gombak. Saya amat kagum dengan keupayaan VT(Volenteer Team) yg wujud di Uiam utk menjayakan prog. spt ini yang pada hemat sy amat sukar dilaksanakan..Apatah lagi ia membabitkan isu agama, tentunya terlalu sensitif.

Namun, keadaan dialog berlaku dalam keadaan yg cukup harmony. Sebelum sesi bermula, ditayangkan video mengenai kesan yg berlaku jika ada permusuhan..Dan sy kira, ini merupakan satu strategy berbentuk phsycology supaya semua hadirin dapat mengawal diri n perasaan.

Dialog ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara, amat menarik juga sy dapat juga memahami apakah konsep ketuhanan yg difahami oleh agama lain selain dari islam. Hindu sebagai contoh, pendakwahnya berkata "We believe that God is only one", tapi sy sendiri keliru bila ada beberapa ketika dia cakap "All of the things are God", td cakap tuhan satu,pastu cakap semua benda itu tuhan..Hakikatnya,mereka sendiri tidak memahami agama mereka,didalam kitab hindu sendiri (Kitab Veda) turut menerangkan bahawa Tuhan itu satu,dia tidak dilahirkan dan tidak juga melahirkan, dan tiada stara denganyye..Ini lah yang dibongkarkan oleh Mr Shahkirit (anak didik kepada Dr Zakir Naik)..Sami itu "pening" la..cakap putar belit..Kalau r semua hidupan tu tuhan,maknanya kalau kamu lempang saya maknanya kamu lempang tuhan..hehe..

Paderi pulak bila bercakap tak habis2 dengan "That's a mystery and about experiences", lawak betoi bila xbnyk soalan yg diajukan kpdnya hanya itu jawapannya..Agak mengejutkan sy,(mgkin kerana kurang pengkajian), bila dibcanya Kitab Bibble disebut bahawa "Allah berfirman", mereka percaya Allah tapi Jesus pun dikatanya tuhan gak,jawapannya scara umum berkata Actually,he is only one but at the two nature"..Pening bila dia cakap "we cannot devine him",,namun satu mende yg best sy dapat ialah psl nama prophet, Isaac (Ishak),Abraham (Ibrahim), David (Daud), Yeesa xtaula ape..macam best je kalau letak nama "Daniel Isaac"..hehe..

Seterusnya, agama Buddha plak..Pendakwah buddha ni plak mcam orang motivasi, xhabis2 cth aje berkaitan bisness..Ni pun 'pening' gak, dia cakap "Buddha is not a religion, it's about philosophy,but it's also not a philosoph, it's a religion" bapak mengarut! hehe..tp, kita xleh ar menyentuh sensitiviti mereka..Very dangerous! Lagi satu yg menarik,dia kata kita ni ada 10 worlds kehidupan..yang terakhir ialah di Buddhahood (tempat paling bahagia r kononnya)..Baik aku duk Greenwood,bahagia gak..KAKAKAKA.

Pembentangan Mr.Shahkirit berkaitan konsep tuhan dalam Islam amat mengkagumkan,dengan contoh2 yg logik dan bernas di harap dapat membuka hati para2 kuffar yang hadir..Gaya bak tokoh korporat betul2 menggamit para pendengar..Stylenya lebih kurang mcam tok gurunya iaitu Dr Zakir Naik dan juga Syeikh Ahmad Deedat. Pengasas Islamic Saba' Media (SABA' Islamic) juga merupakan pengarah di IIS (Islamic Information Service)..

Saya harap dengan perkongsian pengalaman ini mampu memberi motivasi kepada pembaca untuk menganjurkan Program2 Dialog seperti ini..Wallahualam.

Friday, January 2, 2009

Posing di Taman Bandar

Salam.ini posing terbaru Munada Crew ketika bergambar di Taman Bandar Kuantan..Alang2 semua dapat berkumpul untuk sesi rakaman lagu terbaru kami, baik bergambar2 dulu..huhu..Susah betul nak dapat kumpul kitorang ni..Alhamdulillah bile ada tempahan untuk show di Muadzam, baru dapat berjumpa selpas kali terakhir time Audition Top 30 di Plaza Alam Sentral..Ape2 pun, jangan lupe dapat kan lagu terbaru kami berjudul "Memori Kasih Guru" yang sudah siap di record di studio Rabi'ul Awwal baru2 ni..Bubbye..Doakan saya nak final senin ni..Assalamualaikum.