Thursday, August 13, 2009

Cit Cat Munada terbaru..


Sesi bergambar selepas meeting.

Assalamualaikum w.b.t

Dunia nasyid 'berkabung' seketika apabila seorang ikon nasyid yang dikenali ramai, Ustaz Asri Rabbani telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. Takziah kami ucapkan kepada balu serta keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian ini. Bagi kami yang secara langsung bergiat aktif dalam arena nasyid tentu merasakannya sebagai satu 'kehilangan besar' buat peminat-peminat nasyid. Terkenang pula pertemuan kami secara peribadi dengan Arwah ketika menghadiri saringan akhir Akademi Nasyid Tv9 di Studio Sri Pentas tahun lepas. Beliau tidak lokek berkongsi pengalamannya biarpun arwah seorang yang dikenali ramai...semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

Pada hari Rabu yang lepas, bersamaan 12 Ogos kami telah menghadiri satu pertemuan tertutup dengan sebuah badan NGO Islam yang sudah bertapak hampir 35 tahun di Malaysia. Dijadikan cerita, Selepas kami terlibat dengan satu show, Badan NGO Pro-Islami ini telah menyuarakan hasrat mereka untuk melantik kami sebagai 'Ambessador' bagi pertubuhan ini yang lebih dikenali sebagai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).


saya (berjaket putih) sedang memberi perhatian 100%..hehe..

Untuk permulaan, kami telah dilantik sebagai 'Duta Nasyid' kepada hampir 3000 orang pelajar di Daerah Bangi, Selangor. Satu langkah baik buat kami bagi menonjolkan lagi kumpulan Munada dalam industri nasyid.

Kami juga berbesar hati untuk mempelawa tuan-tuan dan puan-puan untuk menghadiri Show Munada pada 6th September 2009 bersempena dengan Pembukaan Rasmi Kompleks Kebajikan Ruqaiyah. Pelancarannya akan dirasmikan oleh Presiden Abim.

Sebelum terlupa, pada 5th September 2009. Kami juga akan terlibat dengan sebuah persembahan nasyid di Kolej Dar Al-Hikmah. Antara aktiviti lain ialah program Iftar serta Solat Terawih. Namun, majlis ini hanya dihadiri oleh mereka yang mendapat jemputan. (Sorry yer..)


Khusyuk mendengar perbincangan, ketua MPP UKM (berkopiah putih) turut serta.

Sebahagian initipati pertemuan di antara kump. Munada (yang diwakili Akim & Fhakarie) ialah untuk memberi lebih banyak pendedahan kepada golongan Belia khususnya tentang kesenian Islam. Banyak program susulan yang sedang dirancang oleh kami dan juga pertubuhan berkenaan bagi menarik minat Belia untuk bertukar kepada hiburan bercorak Islami.

Kami juga amat mengalu-alukan pendapat sidang pembaca blog ini supaya program kesenian Islam mendapat tempat di hati masyarakat Islam. Keseniaan ini bukan hanya tertumpu kepada nasyid semata, sebaliknya filem,teater, media,sajak dan lain-lain juga termasuk dalam kategori ini.


Penempatan yang disediakan oleh Pihak Abim untuk kami bermalam. (2 storey house tau!)

Cit Cat Munada juga berbesar hati menyatakan bahawa kami sekarang dalam proses-proses terakhir mendapatkan sebuah rumah di Shah Alam untuk dijadikan 'Nasyid Training Centre'. Kami dengan penuh rasa rendah diri mengharapkan sumbangan Ikhlas dari mana-mana individu, badan korporat,agensi kerajaan mahupun swasta untuk membantu kami dalam membeli kelengkapan pusat latihan serta pengubahsuaian rumah tersebut yang secara keseluruhannya membabitkan kos kira-kira RM 25 000...

Itu sahaja untuk dikongsi buat masa ini... Sebelum tu, Tidak terlalu awal untuk kami ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan dan bersempena dengan Bulan yang mulia ini, Munada juga telah membuat satu Pakej Harga Menarik sempena Ramadhan..

Maklumat lanjut bolehlah hubungi 013-9852461 (Akiem).






Wednesday, August 12, 2009

Al-Fatihah...



Berita sedih melibatkan dunia nasyid Islam di Malaysia khususnya. Vokalis utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi. Arwah dikatakan rebah sebelum beliau memulakan persembahan pada pelancaran program Syahadah musim kelima di Angkasapuri di sini. Arwah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pantai dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana. Moga roh beliau dimasukkan di dalam golongan mereka yang soleh. Al-Fatihah...

Sunday, August 9, 2009

Sebut Harga Perkhidmatan Munada.



Assalamualaikum w.b.t

Di sini kami meletakkan sebut harga bagi setiap perkhidmatan yang kami sediakan. Ini memandangkan ramai yang asyik bertanyakan tentang caj bayarannya.
(Tertakluk pada terma, syarat serta lokasi.)

Senarai perkhidmatan dan caj.
  1. Persembahan Nasyid kurang dari 5 buah lagu = RM 500*
  2. Persembahan Nasyid Lebih dari 5 buah lagu + pengacara majlis = RM 1000*
  3. Persembahan Nasyid untuk Majlis Exclusive/korporat ( Iringan 'live' percussion + pengacara majlis + sound system + monitor speaker + Full package) = RM 2500 - RM 3000***
  4. Khidmat Menulis Lirik Lagu (Moden dan Kontemporari shj) = RM 100 per song.
  5. Khimat Mencipta Lagu (Moden dan Kontemporari sahaja) = RM 100 per song.
  6. Pakej murah! (Lagu + Lirik) = RM 150 per song
  7. Kelas Vokal Harmony untuk sekolah rendah, menengah, IPTA/IPTS, group nasyid underground = RM 50 per hour (negotiation)
  8. Kelas Percussion = RM 25 per hour (fix price)
* keutamaan untuk majlis perkahwinan dan persembahan selingan sahaja.Bergantung pada lokasi.
** malam kebudayaan islam dan mini konsert sahaja peringkat sekolah rendah/menengah.Bergantung pada lokasi.
***konsert bertiket, harga boleh runding jika mempunyai peralatan sound sytem yang lengkap.Bergantung pada lokasi.

p/s : Pakej 1, 2, dan 3 adalah terbuka kepada seluruh semenanjung, tidak termasuk sabah & sarawak.

Pakej 4, 5. dan 6 adalah terbuka kepada semua termasuk agensi swasta dan kerajaan.

Pakej 7 dan 8
terhad untuk kawasan sekitar lembah klang (k.l dan selangor) dan Seremban sahaja.

For enquiry detail, please call 013-9852461 (akiem)

"KEPUASAN ANDA,KEUTAMAAN KAMI"