Wednesday, July 7, 2010

Setinggi-tinggi Tahniah!!




Gambar di atas merupakan 2 buah kumpulan dari SRA Sungai Kantan, Kajang. Azizan Munada dan Fhakarie Munada yang berindak selaku guru pembimbing nasyid kumpulan ini telah berjaya membawa kumpulan nasyid wanita menjadi Johan pertandingan Nasyid daerah. Dukacitanya kump. nasyid lelaki tidak mendapat Nombor, walaubagaimanapun kami dimaklumkan dari guru2 di sekolah tersebut bahawa terdapat peningkatan yang membanggakan sepanjang mereka berada di bawah bimbingan ahli Munada. Mudah-mudahan mereka dapat mengekalkan pencapaian di masa akan datang. Usah disia-siakan potensi dan bakat yang dimilki dan sumbangkannya untuk ummah kita,,, Tahniah diucapkan pd mereka serta Zizan dan Fhakarie!!

Saturday, March 20, 2010

Sejarah Penubuhan Munada (Part Two')

Walaupun tumpuan kami kini lebih kepada bidang suara, tetapi sbhgn anggota Munada sebenarnya hanya bermula sebagai pemain percussion & alat muzik sebelum beralih selaku penyanyi utama. Di antara anggota Munada yg bermula sebagai percussionist ialah Azizan (Shaker,Tamborine,Chyme & Tip Top), Akim (Congga & Bonggo), Syahir (Yankee Bass) manakala Hafizi,Lokman dan Fhakarie pula bermula sebagai penyanyi latar.

Kami mula belajar suara harmoni secara serius ketika di tingkatan 3 di bawah bimbingan kumpulan Fikrah. Bermula dengan ujibakat dan seterusnya kami berlima berjaya dibentuk di bawah satu kumpulan. Biarpun pada mulanya, kami tidak mempunyai asas dalam teknik pengawalan vokal, namun alhamdulillah, terdapat peningkatan2 yg dapat kami lakukan. Latihan yg diberikan pada mulanya amat memboringkan dan membosankan..masakan tidak, belajar Do Re Mi saja sudah makan masa hampir sebulan!

Ketika di tingkatan 3, kumpulan nasyid senior kami juga amat berbakat dalam suara harmoni dan mereka berjaya membawa sekolah ke peringkat negeri yg berlangsung di Cameron Highlands dan berjaya menduduki tangga kedua dengan perbezaan 0.5 markah dengan sang juara..(ada kontroversi..hu2). Berbekal kesungguhan dan minat, kami sering mendengar latihan suara mereka dan minta tunjuk ajar. Kemudian, kami aplikasikan apa yg kami belajar tidak kira di mana saja, samada di bawah tangga, di dewan makan, mahupun jamban! semuanya menjadi tempat latihan kami,,

Lagu pertama yg kami terima sebagai lagu utama Munada berjudul 'Bangkitlah Pemuda Pemudi Islam", lagu ini sedap tetapi masih tak boleh tanding dengan kehebatan lagu "Akhlak Nubuwah Pancaran Al-Quran" yg diberi kepada senior kami.. Ini kerana, lagu tersebut agak popular di kalangan SMA2 di Pahang dan lagu tersebut sering diciplak oleh sekolah2 yg tak bertanggungjawab lalu dipertandingkan dan paling tak malu, mengaku itu lagu mereka..huhu

Selain belajar, adakalanya kami dijemput oleh kumpulan Fikrah selaku pengiring Muzik ketika mereka membuat show di merata tempat. Dari situlah kami mendapatkan pengalaman bagaimana cara untuk mengawal audio,Amplifier jika ingin membuat sesuatu persembahan. Ini kerana, kaedahnya berbeza sekiranya persembahan diadakan samada tempat terbuka atau tertutup.

Nantikan kisah seterusnya berkaitan sejarah penubuhan Munada..bersambung..

Wednesday, March 10, 2010

Sejarah Penubuhan Munada (Part One')

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini kami ingin menceritakan sedikit sejarah awal penubuhan Munada. Kami (Munada) sebenarnya sudah mula berkecimpung dalam bidang nasyid ini sejak dari tingkatan satu lagi. Ketika itu kami menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Dinniah, Pahang. Walaupun masih kecil namun minat kami terhadap bidang ini amatlah mendalam sehinggakan kami sering dijemput untuk membuat persembahan jika ada majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Biarpun dengan kelengkapan yang agak terhad ketika itu, namun kami sedia juga menerima undangan tersebut dan sedia memberikan yg terbaik buat para hadirin yg hadir.

Adapun nama kumpulan kami ketika berada di tingkatan satu bukanlah Munada, kurang pasti apakah nama kumpulan kami ketika itu. Masih segar diingatan kami, ketika membuat persembahan di program PIBG sekolah, kami berjaya membuatkan beberapa orang guru dan ibubapa menangis berkemungkinan sayunya hati mereka apabila mendengar lagu 'IBU' yang didengkan oleh kami. Begitulah memori awal yang kami cipta dan masih segar dalam ingatan kami semua.

Fhakarie Munada sebenarnya sempat menuntut bersama ketika di Tingkatan satu sahaja sebelum berpindah dan menyambung pengajiannya di SMA Pelangai ketika di tingkatan dua. Walaubagaimanapun hubungan kami tidak pernah putus dan sering bertemu jika ada pertandingan yang melibatkan nasyid di antara sekolah-sekolah. Perjuangan kami dalam bidang nasyid masih diteruskan sehinggalah ke tingkatan tiga dengan membawa nama kumpulan 'Ar-Rijal'. Pada tahun tersebut juga, satu kejayaan manis telah dicapai apabila berjaya menjuarai pertandingan nasyid di sekolah.

Nama Munada sebenarnya mula dipakai ketika kami di Tingkatan 4. Sebelum nama Munada, kami juga turut memakai beberapa nama lain antaranya 'Ir-One','We-Read' dan juga 'Shoutul Ulum'. Setelah dicadangkan oleh Cikgu Sanizam agar menggunakan nama Munada, maka kami pun bersetuju. Munada di dalam bahasa Arabnya ialah Seruan. Biarpun begitu, kami turut memvariasikannya dengan merujuk kepada singkatan 'MU-zik, NA-syid, DA-ie'. Nama ini diguna pakai bermula dari tingkatan 4 sehinggalah sekarang dan ketika di tingkatan lima, Munada telah berjaya menduduki tangga ketiga pertandingan nasyid peringkat negeri Pahang dengan lagu ciptaan Kump. Fikrah yang berjudul 'Jagalah Dirimu'..

Akan bersambung...

Thursday, February 18, 2010

Bersama SAIFULISLAM.COM

video
Pada minggu lepas, Persidangan Tahunan Mahasiswa 2010 (PERTAMA) telah diadakan dengan jayanya di Universiti Mu'tah, Jordan. Isu dan penerapan persidangan terbesar di Jordan ini memberi tumpuan pada realiti dakwah di Malaysia. Saya (Akim Munada) turut terlibat yang pada mulanya hanya sebagai peserta, tetapi tiba saja di sana. Saya dan beberapa orang rakan saya diminta untuk membuat persembahan. Kami setuju. Pada majlis pembukaan, sebanyak 3 lagu didendangkan iaitu Damai (NSH), Keluarga Bahagia (NSH), dan Semalam (Mirwana) versi acapella. Biarpun diberi masa yang singkat untuk berlatih (kira-kira 2 jam), persembahan berlangsung dengan baik.. Di antara pembentang yang hadir ialah Ustz Mazlee Malik dan juga Ustaz Hasrizal yg terkenal dengan penulisan blognya di Saifulislam.Com. Mereka berdua ini merupakan Ex-Student di Mu'tah University dan Al-Bayt University.

Pada majlis penutup, saya mencadangkan pd rakan-rakan, 'Kenapa tidak saja kita jemput saja ustaz Hasrizal nyanyi sama kita?', cadangan saya diraikan oleh sahabat2.. Setelah perbincangan dibuat,maka ustaz pun setuju. Sebenarnya, ketika ustaz masih belajar di Jordan, beliau telah merakam 2 buah album nasyid, dan lagu Tetamu di Dataran Syam ini merupakan lagu yg agak favourite ketika itu. Biarpun rentak dan alunan tidak sehebat seperti aliran nasyid pada zaman ini. Tetapi lirik serta penghayatan lagu ini amat-amatlah memberi erti pada kita semua. Akhirnya, lagu ini kembali berkumandang semula di Bumi Jordan bersama penyanyi asalnya.


TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

Kredit kepada www.saifulislam.com

Thursday, December 24, 2009

Show Akim Munada bersama group terbaru dari Jordan

Bersempena dengan Program Malaysian Day yang berlangsung di Universiti Yarmouk, Jordan baru-baru ini. Akim bersama kumpulan terbarunya dari Irbidian diberi peluang untuk membuat persembahan nasyid. Dua lagu didendangkan iaitu Damai (NSH) dan Aku Tanpa Cintamu. Pengalaman membuat persembahan di hadapan tetamu VVIP dan bangsa lain memberi suatu kenangan yang manis. Anda boleh menonton persembahan tersebut dengan meng'klik' link ini..

Sunday, November 22, 2009

Munada di PERSONA 09

Gambar Ahli-ahli Munada Crew yang sanggup turun padang bersama pelajar bagi menjayakan program PERSONA O9. Kami membawakan 3 buah lagu iaitu "mali rabbun siwa" ,"nursyahadah" dan "Gemuruh Jiwa" dendangan penyanyi popular faizal tahir. Gempak la! Huhu.. Cerita seterusnya anda boleh baca di bawah yang dipetik dari laman blog Abim Bangi..Sekian


Pada 14-15 Nov 2009 yang lalu bertempat di Perting Valley Camp, Bentong Pahang, ABIM Bangi telah berjaya melaksanakan progranm PERSONA 09 buat julung-julung kalinya. Seramai 29 peserta yang terdiri daripada siswa Kolej Dar al Hikmah (KDH), guru TAHFIZ & guru TASKI ABIM Bangi serta ahli kumpulan nasyid MUNADA. Para fasilitator terdiri daripada Sdr Baktiar Hasnan, Sdr Ahmad Saparuddin, Sdr Nizam, Pn. Fariha & Sdri Khalidah yang merupakan pimpinan ABIM Bangi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ABIM Bangi dan intsitusi, sukarelawan ABIM dan memperjelaskan peranan yang boleh disumbangkan didalam menjayakan agenda dakwah ABIM Bangi. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), persembahan seni, jungle trekking, qiyamulail dan sebagainya. Semoga usaha ini juga dapat membolehkan peserta mengenalpasti potensi diri untuk dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah. Oleh itu, program PERSONA II akan diadakan pada masa akan datang.