Monday, November 24, 2008

The implication of islamic financial & banking in Malaysia

Salam, selamat bertemu. Kali ini saya nak berkongsi tentang pendapat saya berkaitan tentang krisis ekonomi semasa dan implikasinya terhadap Malaysia.Semua orang tidak kira tua atau muda, besar atau kecil, kaya atau miskin, glamour ataupun tidak, semua masyarakat di dunia ini menyedari bahawa dunia menghadapai satu krisis iaitu krisis ekonomi. Ini sebenarnya merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa ekonomi kapitalis yang menjadi dasar ekonomi seluruh negara sudah tidak lagi relevan! Sesungguhnya allah pernah berfirman yang mafhumnya menyebutkan bahawa kerosakan dunia itu datangnya dari manusia sendiri, Apabila menyebut tentang ekonomi, sudah pasti ia berkaitan dengan perkara duniawi. Maka, kita telah melihat akan kesan buruk yang telah berlaku kepada ekonomi dunia hasil dari pemikiran yang cetek dan mengikut hawa nafsu. Sudah tentu tiada panduan bagi manusia di muka bumi ini yang lebih baik dari sumber yang datang dari Allah s.w.t iaitu al-quran al-karim.

Sebenarnya, ramai juga yang tidak sedar, atau saja buat tak sedar bahawa walaupun ekonomi dunia dilanda krisis, rakyat Malaysia tidak begitu merasai bebanan dalam berbelanja. Bahkan, ada sebahagian barang mentah telah diturunkan harganya berikutan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Ini dilihat amat berbeza dengan keadaan rakyat di negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja yang semakin terhimpit kehidupan mereka..Apakah sebabnya??walaupun pendapat saya ini mungkin hanya salah satu faktor kecil terhadap keadaan tersebut. Tapi, bila ia dilihat dalam skop yang lebih luas dan besar. Ia bukan sahaja dapat menjaga kestabilan ekonomi malaysia, bahkan ia akan menjadi satu mekanisme yang terbaik dan tiada tolok bandingnya dalam memulihkan krisis ekonomi yang melanda dunia secara keseluruhannya. Tidak lain tidak, hanya ekonomi islam sebagai jalan penyelesaiannya yang sudah tentu tidak lari dari 2 sumber iaitu quran dan sunnah, ditambah pula dengan huraian para ulama yang alim dan soleh. Tujuan ekonomi islam bolehlah kita simpulkan untuk mencapai tahap kesejahteraan dan keadilan dan kesaksamaan bagi seluruh umat dalam segala aspek kehidupan samada dari segi sosio-budaya, kewangan, ekonomi dan lain-lain lagi. Di Malaysia, walaupun sistem ekonomi campuran yang menjadi teras ekonomi negara namun kesungguhan Malaysia dalam memajukan dan membangunkan sistem perbankan islam serta menjadikan Malaysia sebagai hub-perbankan islam telah memberi kesan atau impak yang amat positif dalam menjamin kestabilan ekonomi Malaysia. Sebab itu, gabenor Bank Negara,Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dengan nada yakin memberi kenyataan bahawa ekonomi Malaysia MAMPU menghadapi ekonomi dunia.

Tindakan itu (kewangan islam) perlu dilaksanakan bagi menghadapi sistem kewangan antarabangsa yang semakin mencabar.
Beliau menjelaskan, pertumbuhan pesat dalam kewangan Islam adalah berpunca daripada minat yang tinggi daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.
''Ini (minat yang tinggi) tidak akan terjadi sekiranya kewangan Islam tidak berupaya untuk memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai dan juga tidak kompetitif daripada produk kewangan lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Persidangan Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), di sini hari ini.
Persidangan satu setengah hari itu telah di anjurkan oleh IIF dan IFSB manakala BNM adalah tuan rumah kepada majlis berkenaan.
Zeti berkata, pasaran kewangan Islam, secara tidak langsung boleh menerima impak daripada kegawatan kewangan semasa seperti mana yang pernah berlaku pada 1997 hingga 1998.
Beliau berkata, dalam usaha menghadapi ke arah pertumbuhan pesat kewangan Islam, hala tuju strategik industri untuk ke hadapan perlu disertakan dengan kecekapan pelaksanaan regim perundangan, kawal selia dan penyeliaan, termasuk mengadakan rangka kerja pengurusan dan pencegahan krisis.
Beliau berkata, ketika kekuatan dan peluangnya diiktiraf, ciri-ciri asas kewangan Islam perlu dipelihara untuk membolehkannya mengekalkan daya tahan dan kestabilan.
Menurut Zeti, dalam usaha membolehkan kewangan Islam disepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, asas sistem kewangan tersebut perlu mantap.
Katanya, penggabungan tersebut akan membentuk sistem kewangan Islam yang lebih kebal untuk menghadapi persekitaran global yang lebih mencabar.
Beliau berkata, terdapat dua dimensi penting dalam membuat penilaian terhadap kemampuan sistem kewangan Islam sedia ada untuk menghadapi ujian daripada krisis kewangan dan keduanya, potensi risiko yang bakal dihadapi dalam persekitaran krisis.
Katanya, dengan menerima pakai ciri-ciri penting dan objektif Syariah secara sepenuhnya dan juga amalannya yang sebenar, daya ketahanan sistem kewangan Islam dapat di perkukuhkan.

Menyedari hakikat bahawa kita (khususnya kpd pelajar ekonomi dan perbankan islam Ikip International College-Yarmouk University of Jordan) berada di atas satu jalan yang tepat dan juga berat kerana masyarakat dunia amat bergantung kepada kepakaran kita supaya mengeluarkan mereka dari ekonomi 'kezaliman' ciptaan kafir laknatullah, maka tidak boleh tidak marilah kita bersama meningkatkan kefahaman kita dalam sistem ini. Lebih afdhol dari memperjuangkan kekhilafan yang sudah diselesaikan oleh ulama2 silam yang beraliran ahli sunnah wal jamaah. Moga2 allah memberkati dan meredhai usaha dan perjuangan kita semua. Kerana sesungguhnya segala amal kita hendaklah "ilahi anta maqsudi waridhoka matlubi'.. Wallahua'alam. (akim munada)

Sejarah Aku dan Nasyid - Part 1

Assalamualaikum..salam perkenalan dan ukhwah ambo ucapkan kepada saudara2 sebangsa dan seagamaku!Rasa puas sangat bile dapat buat blog ni, sekurang2nye dapatla ambo hilngkan tension belajar ni…hehe..Ramai gak member2 tanye, mcm mane ko boleh minat nasyid ek?

Di sini, biorla ambo cite skit sejarah hidup mcm mane boleh minat ngan nasyid ni..Bukan semua nasyid aku minat!

Klu ikut sejarah hidup ambo, masa umur ambo 10 tahun (darjah 4 time tu)..First time ambo dah mula masuk nasyid ni. Time tu jadi wakil Sekolah Rendah Islam Al-Huda (ABIM), seronok sangat la time tu rasanye! Tapi, letih giler..Nak training gaya je mau makan sebulan! Gaya dah la macam pempuan..hehe. Tapi, kostum yang ambo pakai lawa giler..macam pakaian raja2 time zaman kesultanan melaka. Berlatih sebulan, tapi time pertandingan x menang gak! Hahahaha…

Kisah kedua pulak, ni yang paling lucu and paling best korang kena tau! Lepas darjah 4 tu, aku dah tak nasyid sampaila masuk darjah 6 (Kirenye otai gak la coz ambo jadi senior time tu)..Masa tu tinggal sebulan setengah sebelum UPSR. Nak jadikan cerite, ambo dan member2 terpilih untuk buat show dalam KONSERT DAR AL-HIKMAH..Meremang jgakla bile dgr konsert. Tapi, yang paling bestnye ialah buat dekat Auditorium UIAM!! Pergh! Bangga giler time tu..Walaupn mmg setiap kali solat jumaat kat UIA tapi tak bleh masuk auditorium sesuka hati..Maka 2 hari sebelum konsert bermula sekeliling UIA tu penuhla dengan Poster konsert tersebut..Masa tu kitorang ni ‘bajet’ mcm kump Iman yang nyanyi lagu ibu tu.hehe..

2 Minggu seblum tu, kitorang kena pergi berlatih kat sebuah studio kat wangsa maju..bawah ABIM gak..Time tu berlatih dengan kump AR-Rijal dan FITRAH..Dorang la artis utama utk konsert tersebut, kitorang ni cume ‘penampilan istimewa’ je..hehe..Maka berlatihla dengan penuh bersungguh2 bagi menjayakan konsert tersebut..tak mainla pakai kompang n gendang2 ni..Pakai keyboard ngan drum tu!(Masa tu ambo jakun lagi..hehe)

Satu perkara yang ambo nak bgtau, masa tu suara ambo dah jadi garau! Tak taula knp?? Jadi mcm suara orang besar, mama kata tu tandenye dah nak baligh! Entahla…

Sampai ke hari yang ditunggu2, kitorang ni masuk bilik persalinan artis..Kitorang pun di ‘make-up’ kan..Dalam hati berdebar2, ramai student UIA yang datang..Kena beli tiket tu! “Dipersilakan kumpulan Al-Anwar!” kata pengerusi majlis tu..Mcm bese la, msti masuk berbaris pastu pandang depan sorang2..skill pertandingan nasyid sekola..hehe. Masa nyanyi tu ambo pegang mic..Masa nyanyi tu ambo dengar tak sedap sangat coz mcm ada suara orang besar,garau n dalam je bunyinye..Ambo pun buatla muka bengang “sapela ni..” (Lagu pun sebenarnye mmg tak sedap pun..hahaha)

Tup..tup..habis show..parents ambo bgtau yang suara ambola yang paling besar. Dahla besar, pastu semua suara member lain tenggelam dengan suara ‘bass’ ambo..Maka bile didengar semula, amatlah buruk bunyinye dan pitching jauh lari! Malunyer…
Tapi, itu tidaklah mematahkan semangat ambo dalam bernasyid ni. Malah ambo makin bersemangat tinggi untuk berjaya dalam bidang ini..CEWAH! Actually, factor yg paling kuat ialah krn ambo selalu pegi uia..Time tu IN-TEAM tengah naik dengan album sulungnye “kasih-kekasih”. Maka tempiasnye memang terasa lagi2 kat skola ambo. Ditambah pula, parent ambo mmg selalu sangat bawak pegi tgk Konsert nasyid kat uia..Selalunye IN-TEAM,RAIHAN,HIJJAZ..Masu dulu la..sekarang dah x minat sangat..
Itula serba sikit cite mcm mane ambo boleh terlibat and minat ngan nasyid ni.