Thursday, February 18, 2010

Bersama SAIFULISLAM.COM

video
Pada minggu lepas, Persidangan Tahunan Mahasiswa 2010 (PERTAMA) telah diadakan dengan jayanya di Universiti Mu'tah, Jordan. Isu dan penerapan persidangan terbesar di Jordan ini memberi tumpuan pada realiti dakwah di Malaysia. Saya (Akim Munada) turut terlibat yang pada mulanya hanya sebagai peserta, tetapi tiba saja di sana. Saya dan beberapa orang rakan saya diminta untuk membuat persembahan. Kami setuju. Pada majlis pembukaan, sebanyak 3 lagu didendangkan iaitu Damai (NSH), Keluarga Bahagia (NSH), dan Semalam (Mirwana) versi acapella. Biarpun diberi masa yang singkat untuk berlatih (kira-kira 2 jam), persembahan berlangsung dengan baik.. Di antara pembentang yang hadir ialah Ustz Mazlee Malik dan juga Ustaz Hasrizal yg terkenal dengan penulisan blognya di Saifulislam.Com. Mereka berdua ini merupakan Ex-Student di Mu'tah University dan Al-Bayt University.

Pada majlis penutup, saya mencadangkan pd rakan-rakan, 'Kenapa tidak saja kita jemput saja ustaz Hasrizal nyanyi sama kita?', cadangan saya diraikan oleh sahabat2.. Setelah perbincangan dibuat,maka ustaz pun setuju. Sebenarnya, ketika ustaz masih belajar di Jordan, beliau telah merakam 2 buah album nasyid, dan lagu Tetamu di Dataran Syam ini merupakan lagu yg agak favourite ketika itu. Biarpun rentak dan alunan tidak sehebat seperti aliran nasyid pada zaman ini. Tetapi lirik serta penghayatan lagu ini amat-amatlah memberi erti pada kita semua. Akhirnya, lagu ini kembali berkumandang semula di Bumi Jordan bersama penyanyi asalnya.


TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

Kredit kepada www.saifulislam.com