Saturday, March 20, 2010

Sejarah Penubuhan Munada (Part Two')

Walaupun tumpuan kami kini lebih kepada bidang suara, tetapi sbhgn anggota Munada sebenarnya hanya bermula sebagai pemain percussion & alat muzik sebelum beralih selaku penyanyi utama. Di antara anggota Munada yg bermula sebagai percussionist ialah Azizan (Shaker,Tamborine,Chyme & Tip Top), Akim (Congga & Bonggo), Syahir (Yankee Bass) manakala Hafizi,Lokman dan Fhakarie pula bermula sebagai penyanyi latar.

Kami mula belajar suara harmoni secara serius ketika di tingkatan 3 di bawah bimbingan kumpulan Fikrah. Bermula dengan ujibakat dan seterusnya kami berlima berjaya dibentuk di bawah satu kumpulan. Biarpun pada mulanya, kami tidak mempunyai asas dalam teknik pengawalan vokal, namun alhamdulillah, terdapat peningkatan2 yg dapat kami lakukan. Latihan yg diberikan pada mulanya amat memboringkan dan membosankan..masakan tidak, belajar Do Re Mi saja sudah makan masa hampir sebulan!

Ketika di tingkatan 3, kumpulan nasyid senior kami juga amat berbakat dalam suara harmoni dan mereka berjaya membawa sekolah ke peringkat negeri yg berlangsung di Cameron Highlands dan berjaya menduduki tangga kedua dengan perbezaan 0.5 markah dengan sang juara..(ada kontroversi..hu2). Berbekal kesungguhan dan minat, kami sering mendengar latihan suara mereka dan minta tunjuk ajar. Kemudian, kami aplikasikan apa yg kami belajar tidak kira di mana saja, samada di bawah tangga, di dewan makan, mahupun jamban! semuanya menjadi tempat latihan kami,,

Lagu pertama yg kami terima sebagai lagu utama Munada berjudul 'Bangkitlah Pemuda Pemudi Islam", lagu ini sedap tetapi masih tak boleh tanding dengan kehebatan lagu "Akhlak Nubuwah Pancaran Al-Quran" yg diberi kepada senior kami.. Ini kerana, lagu tersebut agak popular di kalangan SMA2 di Pahang dan lagu tersebut sering diciplak oleh sekolah2 yg tak bertanggungjawab lalu dipertandingkan dan paling tak malu, mengaku itu lagu mereka..huhu

Selain belajar, adakalanya kami dijemput oleh kumpulan Fikrah selaku pengiring Muzik ketika mereka membuat show di merata tempat. Dari situlah kami mendapatkan pengalaman bagaimana cara untuk mengawal audio,Amplifier jika ingin membuat sesuatu persembahan. Ini kerana, kaedahnya berbeza sekiranya persembahan diadakan samada tempat terbuka atau tertutup.

Nantikan kisah seterusnya berkaitan sejarah penubuhan Munada..bersambung..

Wednesday, March 10, 2010

Sejarah Penubuhan Munada (Part One')

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini kami ingin menceritakan sedikit sejarah awal penubuhan Munada. Kami (Munada) sebenarnya sudah mula berkecimpung dalam bidang nasyid ini sejak dari tingkatan satu lagi. Ketika itu kami menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Dinniah, Pahang. Walaupun masih kecil namun minat kami terhadap bidang ini amatlah mendalam sehinggakan kami sering dijemput untuk membuat persembahan jika ada majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Biarpun dengan kelengkapan yang agak terhad ketika itu, namun kami sedia juga menerima undangan tersebut dan sedia memberikan yg terbaik buat para hadirin yg hadir.

Adapun nama kumpulan kami ketika berada di tingkatan satu bukanlah Munada, kurang pasti apakah nama kumpulan kami ketika itu. Masih segar diingatan kami, ketika membuat persembahan di program PIBG sekolah, kami berjaya membuatkan beberapa orang guru dan ibubapa menangis berkemungkinan sayunya hati mereka apabila mendengar lagu 'IBU' yang didengkan oleh kami. Begitulah memori awal yang kami cipta dan masih segar dalam ingatan kami semua.

Fhakarie Munada sebenarnya sempat menuntut bersama ketika di Tingkatan satu sahaja sebelum berpindah dan menyambung pengajiannya di SMA Pelangai ketika di tingkatan dua. Walaubagaimanapun hubungan kami tidak pernah putus dan sering bertemu jika ada pertandingan yang melibatkan nasyid di antara sekolah-sekolah. Perjuangan kami dalam bidang nasyid masih diteruskan sehinggalah ke tingkatan tiga dengan membawa nama kumpulan 'Ar-Rijal'. Pada tahun tersebut juga, satu kejayaan manis telah dicapai apabila berjaya menjuarai pertandingan nasyid di sekolah.

Nama Munada sebenarnya mula dipakai ketika kami di Tingkatan 4. Sebelum nama Munada, kami juga turut memakai beberapa nama lain antaranya 'Ir-One','We-Read' dan juga 'Shoutul Ulum'. Setelah dicadangkan oleh Cikgu Sanizam agar menggunakan nama Munada, maka kami pun bersetuju. Munada di dalam bahasa Arabnya ialah Seruan. Biarpun begitu, kami turut memvariasikannya dengan merujuk kepada singkatan 'MU-zik, NA-syid, DA-ie'. Nama ini diguna pakai bermula dari tingkatan 4 sehinggalah sekarang dan ketika di tingkatan lima, Munada telah berjaya menduduki tangga ketiga pertandingan nasyid peringkat negeri Pahang dengan lagu ciptaan Kump. Fikrah yang berjudul 'Jagalah Dirimu'..

Akan bersambung...