Wednesday, March 10, 2010

Sejarah Penubuhan Munada (Part One')

Assalamualaikum w.b.t

Kali ini kami ingin menceritakan sedikit sejarah awal penubuhan Munada. Kami (Munada) sebenarnya sudah mula berkecimpung dalam bidang nasyid ini sejak dari tingkatan satu lagi. Ketika itu kami menuntut di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Dinniah, Pahang. Walaupun masih kecil namun minat kami terhadap bidang ini amatlah mendalam sehinggakan kami sering dijemput untuk membuat persembahan jika ada majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Biarpun dengan kelengkapan yang agak terhad ketika itu, namun kami sedia juga menerima undangan tersebut dan sedia memberikan yg terbaik buat para hadirin yg hadir.

Adapun nama kumpulan kami ketika berada di tingkatan satu bukanlah Munada, kurang pasti apakah nama kumpulan kami ketika itu. Masih segar diingatan kami, ketika membuat persembahan di program PIBG sekolah, kami berjaya membuatkan beberapa orang guru dan ibubapa menangis berkemungkinan sayunya hati mereka apabila mendengar lagu 'IBU' yang didengkan oleh kami. Begitulah memori awal yang kami cipta dan masih segar dalam ingatan kami semua.

Fhakarie Munada sebenarnya sempat menuntut bersama ketika di Tingkatan satu sahaja sebelum berpindah dan menyambung pengajiannya di SMA Pelangai ketika di tingkatan dua. Walaubagaimanapun hubungan kami tidak pernah putus dan sering bertemu jika ada pertandingan yang melibatkan nasyid di antara sekolah-sekolah. Perjuangan kami dalam bidang nasyid masih diteruskan sehinggalah ke tingkatan tiga dengan membawa nama kumpulan 'Ar-Rijal'. Pada tahun tersebut juga, satu kejayaan manis telah dicapai apabila berjaya menjuarai pertandingan nasyid di sekolah.

Nama Munada sebenarnya mula dipakai ketika kami di Tingkatan 4. Sebelum nama Munada, kami juga turut memakai beberapa nama lain antaranya 'Ir-One','We-Read' dan juga 'Shoutul Ulum'. Setelah dicadangkan oleh Cikgu Sanizam agar menggunakan nama Munada, maka kami pun bersetuju. Munada di dalam bahasa Arabnya ialah Seruan. Biarpun begitu, kami turut memvariasikannya dengan merujuk kepada singkatan 'MU-zik, NA-syid, DA-ie'. Nama ini diguna pakai bermula dari tingkatan 4 sehinggalah sekarang dan ketika di tingkatan lima, Munada telah berjaya menduduki tangga ketiga pertandingan nasyid peringkat negeri Pahang dengan lagu ciptaan Kump. Fikrah yang berjudul 'Jagalah Dirimu'..

Akan bersambung...

No comments: