Monday, November 24, 2008

The implication of islamic financial & banking in Malaysia

Salam, selamat bertemu. Kali ini saya nak berkongsi tentang pendapat saya berkaitan tentang krisis ekonomi semasa dan implikasinya terhadap Malaysia.Semua orang tidak kira tua atau muda, besar atau kecil, kaya atau miskin, glamour ataupun tidak, semua masyarakat di dunia ini menyedari bahawa dunia menghadapai satu krisis iaitu krisis ekonomi. Ini sebenarnya merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa ekonomi kapitalis yang menjadi dasar ekonomi seluruh negara sudah tidak lagi relevan! Sesungguhnya allah pernah berfirman yang mafhumnya menyebutkan bahawa kerosakan dunia itu datangnya dari manusia sendiri, Apabila menyebut tentang ekonomi, sudah pasti ia berkaitan dengan perkara duniawi. Maka, kita telah melihat akan kesan buruk yang telah berlaku kepada ekonomi dunia hasil dari pemikiran yang cetek dan mengikut hawa nafsu. Sudah tentu tiada panduan bagi manusia di muka bumi ini yang lebih baik dari sumber yang datang dari Allah s.w.t iaitu al-quran al-karim.

Sebenarnya, ramai juga yang tidak sedar, atau saja buat tak sedar bahawa walaupun ekonomi dunia dilanda krisis, rakyat Malaysia tidak begitu merasai bebanan dalam berbelanja. Bahkan, ada sebahagian barang mentah telah diturunkan harganya berikutan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Ini dilihat amat berbeza dengan keadaan rakyat di negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja yang semakin terhimpit kehidupan mereka..Apakah sebabnya??walaupun pendapat saya ini mungkin hanya salah satu faktor kecil terhadap keadaan tersebut. Tapi, bila ia dilihat dalam skop yang lebih luas dan besar. Ia bukan sahaja dapat menjaga kestabilan ekonomi malaysia, bahkan ia akan menjadi satu mekanisme yang terbaik dan tiada tolok bandingnya dalam memulihkan krisis ekonomi yang melanda dunia secara keseluruhannya. Tidak lain tidak, hanya ekonomi islam sebagai jalan penyelesaiannya yang sudah tentu tidak lari dari 2 sumber iaitu quran dan sunnah, ditambah pula dengan huraian para ulama yang alim dan soleh. Tujuan ekonomi islam bolehlah kita simpulkan untuk mencapai tahap kesejahteraan dan keadilan dan kesaksamaan bagi seluruh umat dalam segala aspek kehidupan samada dari segi sosio-budaya, kewangan, ekonomi dan lain-lain lagi. Di Malaysia, walaupun sistem ekonomi campuran yang menjadi teras ekonomi negara namun kesungguhan Malaysia dalam memajukan dan membangunkan sistem perbankan islam serta menjadikan Malaysia sebagai hub-perbankan islam telah memberi kesan atau impak yang amat positif dalam menjamin kestabilan ekonomi Malaysia. Sebab itu, gabenor Bank Negara,Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dengan nada yakin memberi kenyataan bahawa ekonomi Malaysia MAMPU menghadapi ekonomi dunia.

Tindakan itu (kewangan islam) perlu dilaksanakan bagi menghadapi sistem kewangan antarabangsa yang semakin mencabar.
Beliau menjelaskan, pertumbuhan pesat dalam kewangan Islam adalah berpunca daripada minat yang tinggi daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.
''Ini (minat yang tinggi) tidak akan terjadi sekiranya kewangan Islam tidak berupaya untuk memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai dan juga tidak kompetitif daripada produk kewangan lain,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Persidangan Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), di sini hari ini.
Persidangan satu setengah hari itu telah di anjurkan oleh IIF dan IFSB manakala BNM adalah tuan rumah kepada majlis berkenaan.
Zeti berkata, pasaran kewangan Islam, secara tidak langsung boleh menerima impak daripada kegawatan kewangan semasa seperti mana yang pernah berlaku pada 1997 hingga 1998.
Beliau berkata, dalam usaha menghadapi ke arah pertumbuhan pesat kewangan Islam, hala tuju strategik industri untuk ke hadapan perlu disertakan dengan kecekapan pelaksanaan regim perundangan, kawal selia dan penyeliaan, termasuk mengadakan rangka kerja pengurusan dan pencegahan krisis.
Beliau berkata, ketika kekuatan dan peluangnya diiktiraf, ciri-ciri asas kewangan Islam perlu dipelihara untuk membolehkannya mengekalkan daya tahan dan kestabilan.
Menurut Zeti, dalam usaha membolehkan kewangan Islam disepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, asas sistem kewangan tersebut perlu mantap.
Katanya, penggabungan tersebut akan membentuk sistem kewangan Islam yang lebih kebal untuk menghadapi persekitaran global yang lebih mencabar.
Beliau berkata, terdapat dua dimensi penting dalam membuat penilaian terhadap kemampuan sistem kewangan Islam sedia ada untuk menghadapi ujian daripada krisis kewangan dan keduanya, potensi risiko yang bakal dihadapi dalam persekitaran krisis.
Katanya, dengan menerima pakai ciri-ciri penting dan objektif Syariah secara sepenuhnya dan juga amalannya yang sebenar, daya ketahanan sistem kewangan Islam dapat di perkukuhkan.

Menyedari hakikat bahawa kita (khususnya kpd pelajar ekonomi dan perbankan islam Ikip International College-Yarmouk University of Jordan) berada di atas satu jalan yang tepat dan juga berat kerana masyarakat dunia amat bergantung kepada kepakaran kita supaya mengeluarkan mereka dari ekonomi 'kezaliman' ciptaan kafir laknatullah, maka tidak boleh tidak marilah kita bersama meningkatkan kefahaman kita dalam sistem ini. Lebih afdhol dari memperjuangkan kekhilafan yang sudah diselesaikan oleh ulama2 silam yang beraliran ahli sunnah wal jamaah. Moga2 allah memberkati dan meredhai usaha dan perjuangan kita semua. Kerana sesungguhnya segala amal kita hendaklah "ilahi anta maqsudi waridhoka matlubi'.. Wallahua'alam. (akim munada)

No comments: